Tini Fattah.Berumur 33 tahun dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan iaitu Mohd Arif.Tini juga mempunyai 3 puteri dan yang cantik dan 1 putera yang kacak bernama Syahirah,Izzaty,Nadirah dan Nejad. Berumur 18,17,15 dan 1 tahun.Nak tau lagi tentang kehidupan Tini?Jom baca apa yang Tini telah paparkan di BLOGPOST

NETWORK



Chat



Thursday, January 26, 2012 at 11:30 PM
Assalamualaikum my dear blogger, ehmm mcm2 cerita skrg ni kn......ehmmm ni pulak pasal
seorg guru....mmg tk bleh d harap .....ada2 je berita sansasi skrg ni kn.....
baca kt bawa ni selanjutnya ya........


GURU ROGOL DAN CABUL




KOTA BHARU – Seorang guru dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta tujuh sebatan rotan oleh Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Seksyen di sini semalam apabila guru terbabit bertindak di luar tanggungjawabnya dengan merogol dan mencabul anak murid sendiri.

Yeck Hock Soon, 29, didapati bersalah pada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 12 tahun ketika itu, antara jam 8 pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009.

Menurut laporan dari Sinar Harian, guru yang bernafsu binatang ini juga disabitkan kesalahan pada pertuduhan kedua mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos tahun sama.Lebih memilukan, Soon yang mengajar subjek bahasa Cina dan Sains di sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh telah melakukan perbuatan ‘kejinya’ itu di dalam sebuah makmal sekolah berkenaan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali, mangsa mengalami trauma akibat perlakuan Soon dan berkata pencegahan untuk membendung jenayah seperti ini adalah sangat penting.

“Hubungan antara guru dan anak murid sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Selepas menimbang kesemua hujah, dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebat untuk kesalahan pertama.

“Pada kesalahan kedua, tiga tahun penjara dan dua sebatan. Kedua-dua hukuman berjalan berasingan,” katanya.

Selepas peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon penangguhan hukuman terhadap Soon dipertimbangkan, Rofiah membenarkan dengan syarat wang jaminan tertuduh RM7,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.Rofiah juga mengarahkan Soon perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan pasportnya ditarik oleh pihak berkuasa. tini ambik ni atikal dari http://mynewshub.my/2012/01/27/guru-rogol-dan-cabul-anak-murid-sendiri/

Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: sinarharian.com.my

0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by April Delight.
Do you know ?Honesty is the best policy in life