Tini Fattah.Berumur 33 tahun dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan iaitu Mohd Arif.Tini juga mempunyai 3 puteri dan yang cantik dan 1 putera yang kacak bernama Syahirah,Izzaty,Nadirah dan Nejad. Berumur 18,17,15 dan 1 tahun.Nak tau lagi tentang kehidupan Tini?Jom baca apa yang Tini telah paparkan di BLOGPOST

NETWORK



Chat



HARGA TK TERNILAI
Thursday, October 6, 2011 at 4:39 PM


Assalamualaikum, kemarin ada seorg adik telah menulis satu cerita yg menarik perhatiaan akak. sehinggakn cerita tu akak copy, tp akak minta izin gak dr dia utk copy dia punya cerita.....best sgt smpai akak membaca tu cerita mengalirkn air mata...ehmmm sentimentel lah pulak kn hehehehe.......ohh ya nama adik tu chichirto syed radzuan.....terima kasih ya coz kongsi2 ngan akak ni cerita.....

jom kita baca cerita ni ^_^




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam

di dapur lalu dihulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera

mengesat tanganya di apron menyambut kertas yangdi hulurkan oleh si anak

lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-

legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang

kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si

anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah

Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


nilai kasih sayang tk pernah pun seorg ibu minta @ suruh anak2 bayar......

walau seramai mana anak yg pernah di kandungkannya malah keikhlasan menjga

seorg anak dr kecil

hingga di org besar tk pernah pun di minta berapa harga utk setiap apa di lakukan

seorg ibu.....

itulah kehebatan seorang yg bergelar IBU......

SAYANGILAH IBU ANDA

TF

0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by April Delight.
Do you know ?Honesty is the best policy in life