Tini Fattah.Berumur 33 tahun dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan iaitu Mohd Arif.Tini juga mempunyai 3 puteri dan yang cantik dan 1 putera yang kacak bernama Syahirah,Izzaty,Nadirah dan Nejad. Berumur 18,17,15 dan 1 tahun.Nak tau lagi tentang kehidupan Tini?Jom baca apa yang Tini telah paparkan di BLOGPOST
NETWORK Chat |
Monday, March 14, 2011 at 6:55 AM
JOM KONGSI-KONGSI PETUA....... petua tradisional warisan zaman,dicuba dan diakui keberkesannya dari dulu hingga ke zaman moden kini.... 1) megecilkn pori2 kisar tomato dan pupurkan ke muka...tomato mengandungi vitamin C, yg dapat melindungi kulit dan sinaran UV dan mengecilkan pori2... 2) MENGHILANGKAN KELEMUMUR.... Sapu di kepala sambil digosok2.amalkan seminggu sekali...... 3) MENGURANGKAN SELERA MAKAN perahkan 2 biji limau nipis dan campurkan air perahannya dgn seketul ibu garam.embunkan semalaman. sebelum sarapan minum air campuran tadi..amalkan 2 x seminggu.... 4) SUPAYA MEKAP TAHAN LAMA sebelum korang pki kosmetik korang basuh muka dgn air minera yg telah d sejuknl. lepas tu baru pki alat solek..ada gak yang kata lurutkan ais kat muka seketika, biarkan kering and then bersolek.. jgn lupa bc bismillah...baru ler berseri dpandang orang... 5) Putihkn gigi guna kayu sugi...xpun gosok ng arang... 6) elakan Rambut gugur ambik bebraper helai daun pokok rambutan dimas2 ke dalam air (baldi@timba) kemudian disirap keatas kulit kepala, kemudian diurut2 kulit kepala.....bilas...lakukan parut sebiji lobak merah dan campurkan dgn minyak kelapa dan sapu rata pada rambut. basahkan tuala kecil dgn air suam dan balut kepala.biar seketika dan bilas bersih. 7) menghilangkan bau badan.... sapukan adunan 3 helai daun sirih dan sedikit tawas yang digaul/ramas, ke seluruh badan atau ketiak semasa mandi.. biarkan seketika dan bilas dgn air bersih... 8) untuk melebatkn janggut.... sapukn dagu dgn minyak sapi, kemudian bungkus dagu dgn tuala kering..... keesokan bilas dagu dengan air bersih..... lakukan 3 kali seminggu...... 9) Menghilangkan Karat Kepada Pakaian Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau. 11) Mengatasi Sengal Tulang: Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi. 12) Merawat Kulit Berkedut: Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.
Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.
Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.
Sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.
Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.
Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman didalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.
Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang. 44)Mari Hapuskan Kelemumur. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. 45)Putihkan Kulit Melecur. Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala. 46)Pulihkan Bengkak Di Kaki. Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh. 47)Meredakan Batuk. Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari. 48)Pening Kepala: Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari.
Amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari. 54)Gigi Putih Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.
( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek ) Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini. Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!! 56)Lembut Rambut Alamak, rambut aku macam hantu MAK LAMPIR ni... nak pergi dating pulak tu... macamana ni ?" ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.... JANGAN RISAU. 57)Mewangikan Rambut
67)Menghilangkan Bau Badan. Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian. 68)Merawat Demam Campak. Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). 69)Menormalkan Suhu Badan. Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga. 70)Menghilangkan Panau. Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau. 0 comments0 Comments:Post a Comment |