Tini Fattah.Berumur 33 tahun dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan iaitu Mohd Arif.Tini juga mempunyai 3 puteri dan yang cantik dan 1 putera yang kacak bernama Syahirah,Izzaty,Nadirah dan Nejad. Berumur 18,17,15 dan 1 tahun.Nak tau lagi tentang kehidupan Tini?Jom baca apa yang Tini telah paparkan di BLOGPOST

NETWORK



Chat



PETUA UNTUK MENJADI PELAJAR CEMELANG
Tuesday, March 15, 2011 at 12:50 PM

untuk anak2 mama yang menduduki pmr n upsr....rajin2 lah baca ni ya......
adik2 yg lain pun boleh ikut ni petua taw......mudah2an ko org semua menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat....amin.


Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu:


a) Ingat 10% apa yang dibaca

b) Ingat 20% apa yang didengar

c) Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat

d)Ingat 70% apa yang dicakapkan

e) Ingat 90% setelah dipraktikkan


1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

3. Belajar dalam persekitaran kondusif


a) pastikan cahaya adalah terang

b) kurangkan gangguan bunyi

c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

e) kerusi dan meja menghadap kiblat

f) jangan lupa untuk senyum


4. Mengulangkaji menggunakan kaedah “output learning” iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.


5. Amalkan Teknik FOKUS -


a) Masukkan maklumat dalan memori

b) Simpan maklumat dalam sel memori

c) Ingat kembali

d) Gunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain


6. Amalkan Teknik Membaca Secara Berkesan


a) Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul

b) Beri tumpuan sepenuhnya

c) Gunakan jari telunjuk untuk membaca

d) Sesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan


7. Amalkan Teknik Mengulang Kaji


a) Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar sebab manusia mudah lupa 80% apa yang dipelajari.

b) Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan


0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by April Delight.
Do you know ?Honesty is the best policy in life