Tini Fattah.Berumur 33 tahun dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan iaitu Mohd Arif.Tini juga mempunyai 3 puteri dan yang cantik dan 1 putera yang kacak bernama Syahirah,Izzaty,Nadirah dan Nejad. Berumur 18,17,15 dan 1 tahun.Nak tau lagi tentang kehidupan Tini?Jom baca apa yang Tini telah paparkan di BLOGPOST

NETWORK



Chat



TIRU MACAM SAYA ^__^
Monday, February 7, 2011 at 3:45 AM




AMALAAN DIET KU ^_~

Ok frenzz kt ruangan yang ini pulak khusus kepada mereka2 yang inginkn petua untuk diet macam tini ya hehehehe cewahh tini ni slim kah??? hehehehe ehmmm tgk gmr tini ya huhuhu slim ka tk slim terpulang ngan individu....tini kat sini nak kongsi rahsia yang tini amalkan dari remaja hingga leh sekarang k....


Memang ramai yang risau kalau berat badan naik kn, terutama sekali selepas melahirkan anak, jom tgk apa yang tini amalkan selepas bersalin.....nah pecah rahsia ni taw hehehehe tk pa yg penting kalau kawan2 rajin amalkan insyallah akan dapat hasil yang seperti tini kn....kn...kn...hehehehe






Prodak yang kat atas ni mmg tini amalkan dan mesti di lakukan seminggu paling malas leh hehehehe 3 X seminggu tapi kalau fenzz nak hasil yang cepat hari2 lagi bagus taw.....
sebelum tini mandi tini akan guna cream slim tu dulu, tunggu selama 30 minit leh dan sapu kat bahagian yang bermasalah, bila dah cukup masanya tu boleh mandi .....paling tini suka prodak yang satu ni eliz walau mahal tapi berbaloi2 coz lama kita guna sampai 4 bulan boleh tahan .....prodak eliza di gunakn time mandi macam sabun jugak tapi sejenis scrub....yang bestnya dahleh memecahkn lemak time kita mandi tu, segala daki2 yang ada pun hilang...lps tu ko org boleh rasa kelembutan kulit seperti baby je hehehehe...klu belum cuba mmg tk taw leh ....tp mcm tini dah try n amalkn ni mmg puas hati.......selepas mandi dan badan dah kering sapukn pulak losyen panas tu kat bahagian bermasalah seperti perut, paha n lengan leh dalam kuantiti sedikit.....losyen ni mmg berkesan selama 6jam je panas akan ko org rasa taw tp bukan macam kena bakar tu ya hehehehe.....ok selesai pasal prodak yang biasa tini guna......

Lepas ni tini akan bagi taw pulak minuman dan makanan yang tini amalkan untuk mantain....frenzz nak taw kn tunggu ya petua seterusnya hehehehehe






10 Tips Mudah Langsing & Kuruskan Badan?


Sebenarnya, kita kena fikir positif dan fikirkan ia mudah… mudahlah jadinya… Tapi jika kita fikirkan sebaliknya, maka sebaliknyalah jadinya… betul tk hehehehe ^__^ Kita hanya perlu yakin kita boleh melakukannya… dan insyaAllah kita boleh…kalau tini boleh kamu pun boleh jugak bah ...... Marilah kita mulakannya…

  1. Mengurangkan pengambilan minum minuman manis, berkarbonat & berkafein. Sebaliknya, minumlah air putih, susu segar rendah lemak, minuman tanpa kalori dan juga jus buah-buahan segar.
  2. Kalau Makan tu kunyahlah dengan perlahan-lahan ya ~ bila kita makan terlalu cepat, kita akan cenderung untuk makan lebih banyak.
  3. Makanan yang berasaskan sup, seperti sup ayam atau tomyam campur, yang mengandungi banyak sayur-sayuran di utamakn, berbanding dengan sup berkrim.
  4. Kalau makan di luar, makanlah separuh hidangan sahaja & separuh lagi bungkus untuk di bawa pulang. Ataupun berkongsilah dengan rakan kita, kena pandai2 beringat2 leh ya...jangan makan je hehehe walau free ^__^
  5. Jangan lewatkan makan malam ya – kerana kita akan cenderung menjadi terlalu lapar dan akan makan lebih banyak pada hidangan makan seterusnya.
  6. Tambahkan satu cawan sayur-sayuran ke dalam sup kegemaran atau masakan pasta kita.
  7. Jangan sekali2 simpan snek atau makanan ringan yang berkalori tinggi di rumah – hanya beli buah-buahan dan sayur-sayuran segar, yogurt rendah lemak, dan bijiran & kekacang yang dijadikan sebagai snek yang lebih berkhasiat.
  8. Ketahui kalori dan catit makanan yang kita ambil dan simpan di dalam jurnal pemakanan kita.
  9. Rajinkn diri dan berjalan atau berlari setiap hari untuk membakar kalori.
  10. Paling utama kena displinkn diri ya.....tanya diri sendiri kalau mahu langsing @ tak huhuhuh


Kita dah tahu 10 tips mudah ini… jadi inilah masanya untuk kita bertindak… mari kita amalkan & lakukannya dengan konsisten… tips mana yang akan kita lakukan dulu ya....fikir2kn leh ^_^


dah ketahui beberapa tips & jadi rajin2 leh amalkan ya.....


jomm kita timbang n ukur saiz n berat....ehmmm mcm mn ya....tini ada bgtaw cara2 kat bawa ni dan frenzz rajin2 leh baca k.....


Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti

Indeks Massa Badan (BMI) –Piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan ketinggian-nya dalam m2 . Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obes) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.

BMI = Berat Bahad kg

Tinggi x Tinggi m2

Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar telah memerhati bahawa penyakit yang berkaitan dengan berat badan biasanya didapati di kalangan setengah kumpulan etnik Asia di paras BMI yang melebihi 23. Satu kumpulan pakar daripada WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5 atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.

Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding dengan lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha. WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.

Keliling pinggang sm/in


Keliling pinggul sm/in

Mencapai Pengurusan Berat Badan

Jumlah tenaga (diukur dalam kilokalori atau Kkalori) yang tetap digunakan setiap hari khususnya untuk mengendalikan fungsi badan yang penting (seperti aktiviti otak, denyutan jantung, penafasan) walaupun ketika berehat. Angka ini dikenali sebagai Nilai Metabolisme Asas (BMR) dan biasanya menggunakan setengah atau lebih Kkalori yang diperlukan dalam sehari.

BMR seseorang akan bertambah sedikit dengan kenaikan berat badan, tetapi ia bertambah dengan lebih banyak lagi apabila nisbah otot berbanding lemak dalam badan semakin meningkat. BMR bagi kebanyakan orang menurun dengan penambahan umur, menjadikannya lebih sukar untuk mengawal berat badan. Para penyelidik meng-anggap bahawa penurunan BMR setelah meningkat umur adalah berkaitan dengan pengurangan otot apabila kita berumur, dan bukan disebabkan oleh proses penuaan, dan oleh itu boleh dilambatkan dengan senaman yang memberi kekuatan.


Penambahan berat badan biasanya dikaitkan dengan memakan terlalu banyak Kkalori dan gaya hidup yang kurang aktif. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat atau untuk mencapai matlamat penyusutan berat badan, adalah penting untuk anda cuba membuat perubahan secara sederhana kepada kedua-dua belah persamaan tenaga: input tenaga (Kkalori makanan) dan output tenaga (Kkalori yang digunakan untuk BMR dan aktiviti fizikal).


Pengambilan Berlebihan Kkalori makanan menyebabkan penambahan berat badan Penambahan berat badan biasanya berlaku secara perlahan melalui jangka masa. Pengambilan yang hanya berlebihan 100 Kilokalori sehari akan menyebabkan penambahan berat badan sebanyak 1 kg dalam setahun. Juga, dengan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga diet sebanyak 100 Kkalori sehari, dapat menolong anda menstabilkan berat badan anda, jadi perubahan kepada diet yang diperlukan untuk mengelak penambahan berat badan mungkin sedikit sahaja.

Kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan penambahan berat badan- Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian lebih berupaya mengawal berat badan mereka berbanding orang yang bergantung kepada diet sahaja. Aktiviti fizikal mengurangkan lemak di bahagian abdomen, walaupun tidak terdapat penyusutan berat badan. Aktiviti fizikal juga membantu penjagaan tisu otot yang meningkatkan BMR. Dengan hanya meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 100 Kkalori sehari sudah memadai untuk mengelakkan penambahan berat badan.


Apakah cara terbaik untuk menyusutkan berat badan?

Kebanyakan kita hendak mengurangkan berat badan untuk rupa yang lebih menarik dan untuk berasa lebih lega. Fesyen terkini yang menonjol trend kurus juga memberi tekanan kepada ramai orang untuk mengurangkan berat badan mereka supaya tidak ketinggalan.

Sebab yang terbaik untuk menyusutkan badan jika berat badan anda berlebihan atau anda obes ialah untuk kesihatan baik anda untuk jangkamasa panjang. Dan cara terbaik untuk mencapai ini ialah dengan kaedah yang berjangka panjang.

Kesusutan berat badan yang besar tidak diperlukan untuk memberi kesan. Kajian Jantung Framingham di Universiti Boston mendapati bahawa kaum lelaki dan perempuan pertengahan umur yang menyusut berat badan sebanyak 1 kg setahun mengurangkan risiko penyakit kencing manis dengan lebih 60%. Faedah ini dapat dikekalkan, selagi kesusutan berat badan dikekalkan. Satu lagi kesimpulan kajian itu ialah pesertanya yang menyusut 0.5kg setahun selama empat tahun dan berjaya mengekalkan penyusutan itu selama empat tahun lagi, mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 25%.

Ini bermakna, walaupun anda fikir anda tidak mencantikkan rupa anda dengan penyusutan hanya 0.5kg atau 1 kg, kesihatan anda akan bertambah baik. Jika anda lebih berat, banyak faedah akan menyusuli jika anda mengurangkan berat badan tersebut.

Lupakan segala gimik penyusutan berat badan yang cepat atau diet. Kajian demi kajian membuktikan bahawa penyusutan berat badan yang berpanjangan adalah lebih menyihatkan dan dikekalkan dalam masa panjang berbanding dengan diet cepat-kurus. Melainkan dalam keadaan tertentu, doktor menasihati sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes untuk menyusutkan 0.5-1 kg dalam seminggu, dan tidak sama sekali melebihi 1.5 kg seminggu. Apa yang penting ialah untuk mengurangkan berat buat selama-lamanya dan bukan mengurang dan kemudian berat badan menambah pula dengan cepat selepas itu.


SELAIN DARI PERKARA DI ATAS KITA KENA TAW JUGAK PASAL HAL2 BERKAITAN FIZIKAL KITA....


5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan

  • Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.

  • Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.

  • Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.

  • Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.

  • Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan ^_^

0 comments

0 Comments:

Post a Comment




← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by April Delight.
Do you know ?Honesty is the best policy in life